Wednesday, June 18, 2008

Bulan Yang Sibuk

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah













Majlis Makan Malam Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Sabah


Ni la harta aku yang paling penting bila buat kerja... kalau takde tabtop ni alamat sunyi sepilah majlis

Ni pula tugasan aku yang tetap dan berpencen... jaga sound system semua majlis yang berlansung

Ni sekitar persiapan majlis makan malam tuh.. dorang tengah buat kolam air panjut tuh...

Ni pula dorang tengah siaps-siapkan pentas... kira cantik jugalah pentas tuh

Ni masa majlis makan sudah mula... masing-masing sibuk melahap tuh...

Sambil makan-makan tuh ada juga persembahan nyanyian... kira-kira bakat terpendam la dorang nih...

Ni meja VIP... Yang kat tengah sekali tu Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah...

Ni pula acara pelancaran buku yang diadakan dalam majlis makan malam tuh...berabis juga dia mau kasi pecah ais tuhhh...

Ni la aku tengan control skor muzik sepanjang majlis tuh... doi... macam pro jer... padahall..he..he..he..


Hu..hu.. tetap dan berpencen la jawabnya kerja aku nih.....


Hmmm... Bulan ni merupakan bulan yang sangat sibuk. Banyak betul tugasan yang terpaksa aku bereskan. Sepanjang bulan lalu sampailah sekarang tidak kurang dari dari lima majlis yang berlansung. Dan macam biasalah aku menjalankan tugas rutin aku iaitu menguruskan bahagian P.A. System. Kalau nak dikira penat tu...hmmm tuhan je la yang tau. Apapun aku tetap puas hati ngan kerja aku, sebab semuanya berjalan lancar dan sukses... Ok lah... ni la antara detik-detik yang sempat aku rakan sepanjang majlis tuh....

Tuesday, June 10, 2008

Hari Yang Penat, Bengang, Letih, Sedih Dan........

Huahhhhhh!!!!....... Rasa mau menjerit samapai satu dunia dengar.....

Hmmm... Kenapa tu?
Penat... Penat menyelesaikan kerja yang tidak pernah selesai,
Letih... Letih jadi kuli tak bertauliah,
Penat... Penat memikirkan sikap dan perangai manusia yang penuh prasangka, hasad dengki, kata mengata,dang semua yang negatif.
Letih... Letih menyelesaikan kerja yang dibagi last minit tapi kena selesai segera.
Penat.. Penat jadi pak sanggup, selesaikan kerja orang tak boleh dan tak mahu buat.

Lagi???
Bengang... Bengang bila semua yang dibuat dipandang sebelah mata.
Sedih... Sedih bila apa yang diharap tidak jadi kenyataan,
Bengang... Bengang bila ada yang bertepuk tangan bila berlaku kelemahan dan kegagalan

Jadi??
Rasanya nak pergi jauh-jauh tempat yang tidak ada orang, duduk sorang-sorang, menjerit sekuat-kuat hati, buat apa saja yang aku suka.


*Kesimpulannya, aku tension, sedih, letih, tertekan dan kalau boleh nak tidur je sepanjang hari...............( To Mogah and Intan, sorry aku tak dapat dan tak sempat buat kerja tuh, bukan sengaja tapi udah tak mampu aku nak handle hari nih)

Saturday, June 7, 2008

Trip Ke KK Part 3 (Lok Kawi Wild Life Park)

Ni la dia pintu masuk ke Lok Kawi Wild Life Park

Konon-konon baris mo ambil tiket la ni.. padahal free jer coz bawa budak sekolah

Ni la senarai harga tiket mo masuk sana


Sebelum masuk kena bagi taklimat dulu takut ada yang kena makan harimau nih

Cendera mata koz dapat masuk free...hu..hu..

Uih... payau ni kalau buat lauk mesti best..

Aku ingat burung merak atas tanah jer..rupanya pandai juga dia panjat pokok..he..he..he..

Ni burung hantu... asik pandang jerr.. eiiihhh..seram..

Uihhh... gajah tu.. macam jinak jer..

Ni gajah lagi... comey gak..

Antara burung yang ada kat situ
Hu..hu.. ni masa dorang buat persembahan.. jangan tak tau nama Orang Utan tu glmour (Marsya)

Ni plak burung helang...

Wooo... Kuda belang ni besar betul.. boleh tunggang jadi koboi...

Besar gak lembu nih.. kalau buat kenduri mesti lumayan..he..he..

Mr Jorin, Me, Miss Syavitri and Miss Geogy

Uihhhh... pemalas betu rimau nih... tidur jerr...

Ni la beruang.... main panjat-panjat jer dorang nih

Uihhh... panasnya kat sini... posing bawah pokok bunga jap

Uihhh... bunga apa nih.. macam tak pernah jumpa ja..

Doiii... penatnya.. rehat dulu gang...

Ni antara tumbuhan yang ada kat sana

Wahhhh.... comelnya.. mo bawa balik..

Ok... Sambung lagi... destinasi seterusnya kami serbu Lok Kawi Wile Life Park... Hmmm... jauh juga perjalanan tuh. Tapi tak sabar juga caz tak pernah sampai kat situ.. Ok malas mo cerita banyak-banyak, nanti tak best pula.. Tengok je lah gambar tuh. Punya la banyak haiwan kat sana...

Tercipta Untukmu Versi Ayat-ayat Cinta


Waaa... Masa tengah buat keje malam tadi, terdengar salah satu lagu kegemaran aku dorang main kat hot fm... Mula-mula tu macam biasa ja.. tapi bila dengar betul-betul rupanya tu versi baru lagu Tercipta untukmu nyanyian kumpulan Ungu. Best juga versi baru lagu ni yang dibuat khas untuk filem ayat-ayat cinta. Kira sesuai sangatlah untuk filem tu..hu..hu.. Tambah lagi diselitkan sedikit suara Rossa kat dalam lagu tu... Terus teringat saat-saat romantik ngan orang tersayang...he..he..he.. Korang dengarlah lagu ni.. mesti leleh gila punya....
Klip jer link kat bawah ni untuk download---
zshare.net/audio/1225996902d9f781/

Lawatan Kota Kinabalu Part 2 (Akuarium & Muzium Marin UMS)

Hu..hu.. ni lah dia banggunan untuk akuarium dan muzium marin UMS

Ni antara gambar-gambar yang dipamerkan kat sini..

Uihhh besarnya ikan kerapu gergasi ni, makan sebulan pun tak habis...ha..ha..

Ni ikan kerapu tikus, paling mahal kalau makan kat restoren..

Ni pula kerapu harimau, mahal juga harganya nih. Kalau kena pukat ni lumayan..hu..hu..

Haloo... uih naper tak mo jawab ni sumbung betul...hu..hu..

Sian penyu ni... ayoh semua, selamatkan penyu yang terancam!!

Wah!! Kalau penyu tak boleh makan Udang Kara ni kalau goreng keju power nih...

Ni la dia sea horse (Kuda Laut) Tapi tak boleh mo tunggang la..

Waaa.... bestnya kalau dapat menyelam sama-sama ikan ni...