Wednesday, June 4, 2008

Lawatan Bersama Pelajar Ke Kota Kinabalu Part 1 (Taman Buaya Tuaran)

Welcome To Taman Buaya Tuaran ( Doiiii... berabis posing student aku ni... kalah model)

Inilah barisan "The Nanny" Miss Geogy, Miss Syavitri, Mr Jorin (La... Napa pejam mata pulak ni) and me

Arggghhhh.... Aku VS Ular Sawa.... Siapa menang ahhh???

Ni aksi kunon-kunon berani Miss Geogy (Macam pucat jer muka dier...hu..hu..)

Kenalkan... ni gang lama aku, nama dia "Bujang Tuaran"....hu..hu..

Wahhh... Syok juga jadi buaya ni... boleh kena dukong lagi

Ayam sudah mau naik harga... nah.. ko makan je la tangan nih...

Doiii... manjanya dia.. siap boleh kiss..kiss lagi..hu..hu..

Uihhh... besar giler buaya ni... kalau kena telan belom tentu dia kenyang ni

Ni aksi buaya yang dikenali ngan nama Bujang Tuaran ngan tuan dier tengah bergurau..hu..hu..


Katanya... Sebenarnya kelmarin saya sempatlah juga bawak budak-budak sekolah jalan-jalan melawat sekitar tempat menarik kat Kota Kinabalu. Ingat bila sampai kat rumah terus nak update blog ni pasal cerita tuh... hmm... kebetulan ada berita terkini pulak pasal petrol. So terpaksa bagi laluan dulu pasal berita terkini tuh..hu..hu..

Ok lah apa-apapun malas nak buang masa, matapun sudah ngantuk ni baik terus pada story jadi "The Nanny" bawa budak-budak sekolah jalan-jalan round kk.

Kelmarin kalau ikut plan sepatutnyer mula perjalanan dari kudat pukul 7 pagi, tapi tah macam mana, terlajak sampai pukul 8 baru jalan. Macam biasa lah, dari mula berkumpul sampailah bas sudah jalan jari aku tak penat-penat snap gambar. Kalah wartawan propesional..hu..hu.. Actually ada 19 orang pelajar ikut rombongan ni. So dari kuat aku ngan sorang lagi cikgu, Mr Jorin yang jaga budak-budak ni. Dua orang lagi gang aku, Miss Geogy dan Miss Shavitri sudah sedia tunggu kat kk. Hu..Hu.. memang dorang nih tak aci betul, awal-awal sudah enjoy kat kk, tinggal kami 2 orang saja kena dera ngan budak-budak tuh. So.. perjalanan ke KK ni dari Kudat ambil masa lebih kurang 3 jam dan lokasi yang pertama yang kami nak terjah pastinya kat Taman Buaya Tuaran (Sudah lama dok kat Sabah, ni baru first time aku sampai kat situ).

Bila kami sampai ke lokasi, Miss Geogy dan Miss Shavitri sudah menunggu. Jadi tak buang masa kami terus serbu Taman Buaya tuh( Tak sabar nak jumpa gang-gang seangkatan...Hu..hu..) Macam biasa, camera aku tetap jadi mangsa kena dera snap gambar. Masa kat situ sempat juga kami tengok show aksi buaya. Boleh tahan juga lagak ngeri yang dorang buat tuh... ternganga budak-budak sekolah yang aku bawa tu tengok. Arghhhh.... ngantuk la pulak mata nih... Ok la nanti sambung Part 2 pula... Tunggu!!!

Wah... Petrol, Terlebih Sudah Harga



Katanya... Harga minyak pertol dan diesel hanya akan naik pada bulan Ogos nanti, Tulah yang PM kita kata hari tuh... Tau-tau petang tadi Pak Lah buat pengumuman kenaikan harga petrol akan berkuat kuasa menjelang tengah malam ni... Katanya juga, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan harga diesel pula akan naik sebanyak RM1 bagi setiap liter. Wow... kalau dibandingkan dengan kenaikan terakhir yang berlaku pada tahun 2006 dulu iaitu cuma 30sen setiap liter memang pening juga kepala tuan punya kenderaan kat negara kita nih.
Sebetulnya masa dengar berita nih kat radio tadi aku on the way balik Kudat dari Kota Kinabalu. Masa dalam perjalanan tu mula-mula hairan juga coz semua stesen minyak penuh dengan kenderaan. Bila dengar jer berita tuh, apa lagi pemandu bas yang aku naik tu pun kalut la bagi komen. Hu..hu.. biasa la, zaman sekarang nih, petrol tuh macam keperluan utama pula dalam kehidupan....
Sebenarnya bagi aku tindakan Pak Lah yang membuat pengumuman secara tiba-tiba tu ada baik dan buruknya. Ya lah kan, kalau nak dibandingkan harga petrol di negara kita dengan negara jiran macam Thailand, Indonesia dan Singapura pastinya harga kat negara kita jauh lebih murah. Cuma, pengumuman yang dibuat secara mengejut dan peningkatan harga yang terlalu drastik itu pastinya menimbulkan masalah kepada pengguna terutama yang berpendapatan rendah dan tidak tetap, terutamanya golongan nelayan. Bagi yang ada gaji tetap dan stabil mungkin tidaklah terlampau membebankan sangat. Seperkara lagi, apa yang membimbangkan ialah adanya pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan dengan menggunakan alasan harga petrol naik. Macam biasalah, bila harga petrol naik secara tidak lansung harga barang-barang keperluan harian pasti akan naik. So, siapa yang terbeban? Pastinya kita sendiri boleh jawab.
Katanya juga, harga beras puh sudah naik, dan mungkin akan menyusul harga ayam pulak lepas nih. Hmm... nampaknya lepas nih terpaksalah pergi kerja jalan kaki atau naik basikal, makanan utama pula, terpaksa tukar dari nasi kepada roti. Pastu kena tanam sayur sendiri sebab harga sayur naik ( kos pengakutan - guna petrol) pelihara ayam sendiri (harga ayam naik) dan yang paling best, tukar pokok bunga depan umah dengan sawah padi mini (sebab harga beras udah melambung. Tu kata saya...hu..hu.. walaupun tiap-tiap hari makan kat kedai...