Tuesday, August 12, 2008

MERDEKA NEGARA, MERDEKA DIHATI, MERDEKA DI JIWA


Tanggal 31 Ogos 2008 ini maka genaplah 51 tahun negara kita malaysia mencapai kemerdekaan. Namun setelah 51 tahun merdeka, masih lagi menjadi tanda tanya kepada kita adakah kita sudah benar-benar merdeka? dan apakah sebenarnya erti kemerdekaan kepada kita. Sebenarnya, jawapan kepada persoalan tersebut hanya boleh dijawab oleh kita sendiri. Jika diteliti memang benar negara kita telah bebas dan merdeka daripada penjajahan negara asing. Negara kita tidak lagi diperintah oleh orang asing. Namun hakikatnya, jika dilihat dari segi pemikiran, masyarakat kita masih lagi dijajah. Masyarakat kita masih lagi mengagung-agungkan negara asing. Dari bahasa, makanan hinggalah kepada pakaian, semuanya mempunyai pengaruh budaya negara asing terutamanya dari barat. Merdekakah kita? Tidak salah jika kita ingin menguasai bahasa asing seperti Bahasa Ingeris, tapi kenalah pada tempatnya. Tidak salah kalau kita ingi berpakaian mengikut fesyen terkini tapi janganlah sampai mengabaikan pakaian tradisional sendiri. Tidak salah juga jika kita ingin menikmati makanan yang pelbagai, tapi jangan pula merendah-rendahkan makanan tradisi kita.
Sebenarnya tidak ada yang kurang pada bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia. Kalau dilihat, sebenarnya Bahasa Malaysia ini pernah menjadi Lingua Franca ataupun bahasa perantaraan di Asia Tenggara khasnya. Malahan, Bahasa Malaysia juga telah banyak menarik minat masyarakat dunia untuk dipelajari sejak akhir-akhir ini. Jangan hairan jika kita bertemu orang Eropah, Jepun atau Afrika yang bercakap menggunakan Bahasa Malaysia. Apa guna bercakap menggunakan bahasa asing sampai tergeliat lidah sekiranya Bertutur menggunakan Bahasa Malaysia pun masih pelat.
Baju Kebaya, Baju Kurung, Baju Melayu, Sari dan Cheong Sam merupakan pakaian rasmi pelbagai rakyat Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Mengapa pakaian-pakaian ini sering dikatakan ketinggalan zaman. Tidak salah jika mau berfesyen, tapi janganlah sampai mengabaikan pakaian yang menjadi kemegahan bangsa sendiri. Jangan pula pakaian asing yang menjolok mata pula yang diagong-agongkan.
Pizza, Spageti dan macam-macam lagi makanan barat menjadi lambang kecanggihan masyarakat hari ini. Makanan seperti tempoyak, sambal belacan, cencalok, petai, jering dan lain-lain makanan tradisional tidak dihiraukan lagi. Kata mereka, makanan sebegitu tidak sesuai dengan kehidupan mereka yang canggih dan moden. Makanan-makanan tersebut hanya akan meloyakan tekak mereka.
Inikah yang dikatakan merdeka dalam jiwa masyarakat kita hari ini. Jika dulu negara kita dibelenggu penjajahan kuasa, tapi nampaknya kini pemikiran dan budaya kita pula yang menjadi mangsa.
Oleh itu, sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama merdekakan jiwa, minda dan pemikiran kita. Jangan gadaikan adat dan budaya kita semata-mata untuk dianggap canggih dan moden. Peliharalah adat dan budaya warisan bangsa kita, bak kata pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat"
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Kita Yang ke 51 "Perpaduan Teras Kejayaan"

Monday, August 4, 2008

Bulan Merdeka Datang Lagi.......

Yui.... New Single- Summer Song


Wahhh... siapakah gerangan gadis jepun ni... Hmmm... Ni lah dia Yui, seorang penyanyi, penulis lirik dan pelakon yang terkenal di Jepun. Naper pula tiba-tiba aku termimpi nak letak gambar dia kat sini. Hu..hu.. sebenarnya aku sudah jatuh cinta ngan lagu dia yang bertajuk Tokyo. Rasanya kat Malaysia ni tak ramai yang kenal dia.. tapi aku boleh jamin, lagu dia memang best. Tapi tu ikut citarasa akulah kan. Kalau korang rasa tak best apa boleh buat...hu..hu.. Yui ni berasal dari Fukoaka Jepun dan lahir pada 26 Mac 1987. Setakat ni dia sudah melahirkan 3 buah album penuh dan 12 single. Salah satu single yang aku paling suka ialah lagu yang bertajuk Tokyo. Best lagu ni. Simple tapi cukup asyik kalau didengar... Tapi single ni sudah lama keluar, sejak 2006 lagi. Single terbaru dia bertajuk Summer Song yang dikeluarkan pada Julai 2008. Nah kat bawah ni ada link untuk korang dengar lagu-lagu Yui ni yang menjadi fav. aku.....


Ni Clip Video Live Lagu Tokyo


M. Nasir + Malique = Mentera Beradu


M. Nasir dengan lagu Mentera Beradu bersama Malique

Hmmm... sebenarnya aku bukanlah peminat fanatik M. Nasir nih, setakat minat biasa-biasa saja. Tapi ada gak beberapa lagu dia yang aku suka. Masa lepak-lepak kat office ngan kawan siang tadi aku terdengar lagu ni... suara macam pernah dengar. Tapi lagunya lain sikit daripada biasa. Apa lagi akupun terus online, cari punya cari... rupa-rupanya lagu tu nyanyian M. Nasir ft Maligue. Kira best juga lagu ni sebab dia lain dari lagu yang biasa M. Nasir nyanyi. Selain rentaknya yang best, liriknya juga penuh dengan unsur-unsur positif. Siapa sangka M. Nasir boleh nyanyi lagu macam ni... best....
Kalau korang rasa atau terasa nak dengar lagu ni... nah kat bawah ni ada link dia untuk download...
http://www.zshare.net/audio/16511238ad28a828/

Akhirnya.....Rafael Nadal Pemain Nombor 1 Dunia...

Bekas Pemain Nombor Satu Dunia 'Federer' Dan Pemain Nombor Satu Dunia Terkini 'Nadal'

Hmmm... Walaupun frust juga bila Nadal kalah ngan Novak Djokovik dalam separuh akhir Cincinati Masters, tapi aku tetap happy coz dia berjaya jadi pemain nombor 1 dunia.. Hmmm... lama juga dia terperap sebagai pemain nombor 2 dunia... sampai 4 tahun. Nampaknya lepas ni Federer kena kerja lebih keras untuk rampas kedudukan tu semula. Lepas ni ada dua kejohanan yang pasti aku takan miss iaitu terbuka Amerika ngan Olimpik. Kalau tengok pada prestasi sekarang ni Nadal ada peluang untuk sapu dua-dua tu. Dan pastinya, saingan segit akan diberi oleh Federer dan Djokovik. Uihhhh... tak sabar mo tunggu perlawanan tu.... Apa-apapun tahniah juga pada Andy Muray sebab berjaya menewaskan Djokovik dan muncul Juaara Cincinati Masters....