Wednesday, June 4, 2008

Wah... Petrol, Terlebih Sudah Harga



Katanya... Harga minyak pertol dan diesel hanya akan naik pada bulan Ogos nanti, Tulah yang PM kita kata hari tuh... Tau-tau petang tadi Pak Lah buat pengumuman kenaikan harga petrol akan berkuat kuasa menjelang tengah malam ni... Katanya juga, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan harga diesel pula akan naik sebanyak RM1 bagi setiap liter. Wow... kalau dibandingkan dengan kenaikan terakhir yang berlaku pada tahun 2006 dulu iaitu cuma 30sen setiap liter memang pening juga kepala tuan punya kenderaan kat negara kita nih.
Sebetulnya masa dengar berita nih kat radio tadi aku on the way balik Kudat dari Kota Kinabalu. Masa dalam perjalanan tu mula-mula hairan juga coz semua stesen minyak penuh dengan kenderaan. Bila dengar jer berita tuh, apa lagi pemandu bas yang aku naik tu pun kalut la bagi komen. Hu..hu.. biasa la, zaman sekarang nih, petrol tuh macam keperluan utama pula dalam kehidupan....
Sebenarnya bagi aku tindakan Pak Lah yang membuat pengumuman secara tiba-tiba tu ada baik dan buruknya. Ya lah kan, kalau nak dibandingkan harga petrol di negara kita dengan negara jiran macam Thailand, Indonesia dan Singapura pastinya harga kat negara kita jauh lebih murah. Cuma, pengumuman yang dibuat secara mengejut dan peningkatan harga yang terlalu drastik itu pastinya menimbulkan masalah kepada pengguna terutama yang berpendapatan rendah dan tidak tetap, terutamanya golongan nelayan. Bagi yang ada gaji tetap dan stabil mungkin tidaklah terlampau membebankan sangat. Seperkara lagi, apa yang membimbangkan ialah adanya pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan dengan menggunakan alasan harga petrol naik. Macam biasalah, bila harga petrol naik secara tidak lansung harga barang-barang keperluan harian pasti akan naik. So, siapa yang terbeban? Pastinya kita sendiri boleh jawab.
Katanya juga, harga beras puh sudah naik, dan mungkin akan menyusul harga ayam pulak lepas nih. Hmm... nampaknya lepas nih terpaksalah pergi kerja jalan kaki atau naik basikal, makanan utama pula, terpaksa tukar dari nasi kepada roti. Pastu kena tanam sayur sendiri sebab harga sayur naik ( kos pengakutan - guna petrol) pelihara ayam sendiri (harga ayam naik) dan yang paling best, tukar pokok bunga depan umah dengan sawah padi mini (sebab harga beras udah melambung. Tu kata saya...hu..hu.. walaupun tiap-tiap hari makan kat kedai...

No comments: