Wednesday, July 2, 2008

Tenis, Wimbledon.... Go! Rafael Nadal, Go!


Yes!! macam biasa Nadal dengan gayanya penuh bersemangat menang pada saingan suku akhir Wimbledon, menewaskan Andy Murray

Untuk pengetahuan gang-gang yang melawat blog aku ni, tenis merupakan salah satu permainan yang sering menarik minat aku untuk ditonton. Dan pemain kegemaran aku pastinya Rafael Nadal. Selepas mengalahkan pemain nombor satu dunia Roger Federer di final Terbuka Perancis sebelum ini, Nadal sekali lagi menyinar di kejohanan Wimbledon. Kali ini peluang untuk Nadal melangkah ke final kejohanan tersebut nampak cerah setelah menewaskan pemain tuan rumah Andy Murray disaingan suku akhir dengan keputusan 6-3, 6-2, 6-4, tanpa sebarang masalah. Sementara itu Federer juga berjaya melangkah ke separuh akhir apabila dia berjaya menewaskan Mario Ancic dari Croatia dengan keputusan 6-1, 7-5, 6-4 . Mungkinkah Nadal akan bertemu dengan musuh tradisinya di gelanggang Federer pada perlawanan akhir? Hmmm... harap-harap begitulah... Dan kalau boleh nak tengok Nadal muncul sebagai juara di kejohanan ni...

No comments: